05 · 06 · 2015 
ALAM FLORA KEKAL ‘PINGAT EMAS’ KEJUARAAN FLORIA DIRAJA 2015

Putrajaya, 5 Jun 2015 – Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) mengungguli kedudukan utama reka bentuk taman hiasan terbaik dengan memenangi dua kali berturut-turut Anugerah Emas bagi kategori korporat bersempena Festival Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya (Floria Putrajaya) 2015 yang berlansung dari 30 Mei hingga 6 Jun 2015. Dengan bertemakan “Taman Buku’ atau ‘The Book Garden’, iaitu gabungan taman dan perpustakaan, Alam Flora berjaya mendahului 11 syarikat swasta yang turut bertanding di bawah kategori yang sama.

Selain memenangi Anugerah Emas berprestij tersebut, Alam Flora urut merangkul Anugerah Gangsa bagi hiasan lampu ataupun ‘Starlight’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, sejak Festival Floria diwujudkan pada tahun 2009, ini merupakan penyertaan kali kedua Alam Flora dalam reka bentuk taman hiasan untuk pertandingan bertaraf antarabangsa ini.

Selain menggunakan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni, keistimewaan dan tarikan utama yang terdapat di taman rekaan Alam Flora ini ialah penggunaan 70 peratus bahan-bahan kitar semula yang telah diubah suai menjadi perhiasan bersesuaian dengan konsep ‘The Book Garden’.

Dengan matlamat mewujudkan kawasan taman ilmu pelbagai fungsi, ia dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dan mengajar pengguna awam akan kepentingan pendekatan pembangunan mampan seperti kitar semula, guna semula dan juga pengurangan bahan buangan dan penggunaan tenaga.

Antara bahan yang dikitar semula termasuklah penggunaan botol-botol plastik dan bongkah-bongkah kayu terpakai sebagai hiasan, papan lapis daripada kotak-kotak kayu yang dijadikan lantai, buku-buku lama, kuali lama dijadikan air pancut, jaringan besi yang dijadikan kerusi dan sebagainya,” kata Mohd Zain.

Menggunakan kos yang minima serta penekanan konsep minimalis, Alam Flora ingin membuktikan serta mendidik orang ramai untuk menjadi lebih kreatif dalam penggunaan semula bahan-bahan kitar semula kerana ianya boleh dijadikan perhiasan dan perabot yang mempunyai nilai serta kualiti yang tinggi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Selari dengan ‘tagline’ korporat Alam Flora iaitu ‘Appreciating LIFE’ ataupun ‘Menghargai Kehidupan’ iaitu kehidupan yang memenuhi kehendak persekitaran, konsep ‘The Book Gardenini adalah mudah untuk difahami dan dihargai.

Alam Flora SDN BHD

Back to list