



Berikutan dengan penularan wabak penyakit Virus Corona 2019 (COVID-19), pihak FIKS mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan kebersihan menyeluruh di premis kami.
• Kemudahan sanitizer untuk kegunaan pelawat.
• Memastikan petugas sentiasa memakai topeng muka pada setiap masa.
• Memastikan petugas dalam keadaan bersih.
• Memastikan petugas dan pelawat mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) 1 meter pada setiap masa.
Sebagai langkah pencegahan tambahan untuk membantu mengurangkan risiko pendedahan, kami juga melaksanakan prosedur berikut kepada semua pelawat sebelum memasuki FIKS.
1. Pengisytiharan Perjalanan ke luar negara atau kawasan zon merah dan Kesihatan.
2. Skrin Suhu Badan.
3. Memakai topeng muka pada setiap masa.
4. Menggunakan ‘hand sanitizer’.
Bagi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, pelawat berikut tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.
• Pelawat dengan suhu badan 37.5 ° C dan ke atas.
• Pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran atau negara-negara lain yang terjejas dalam masa 14 hari terakhir.
• Pelawat yang mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana kes yang disyaki atau disahkan kes COVID-19
dalam 14 hari yang terakhir.
Terima kasih atas keperihatinan dan kerjasama anda.

Visi & Misi di FIKS
VISI

Menjadi pusat pendidikan kitar semula terkemuka di Malaysia.

Mewujudkan masyarakat mampan yang mempraktikkan amalan “refuse, reduce, re-use, recycle and recovery“ atau 'Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan bermula dengan pendidikan.

Menyokong visi Kumpulan Alam Flora dalam meningkatkan kualiti hidup.
MISI

Mendidik masyarakat tentang proses Pengurusan Sisa yang diuruskan oleh Kumpulan Alam Flora dan DHES.

Mempromosikan perkhidmatan Kumpulan Alam Flora bagi mewujudkan kesedaran tentang Integrated Recovery Facilities (IRF) dan aktiviti kitar semula.

Menyokong misi Perbadanan Putrajaya ke arah Putrajaya:
Bandar Mampan Hijau (Green City) menjelang 2025.

Kami komited mendukung inisiatif Sustainable Development Goals (SDG) dalam memastikan alam sekitar terpelihara, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduk menjelang 2030.
KOMITMEN KAMI TERHADAP
SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG)

Bandar dan Masyarakat Mampan
Memainkan peranan penting dalam industri pengurusan sisa di Malaysia, SDG 11 ini amat berkait rapat dengan perkhidmatan yang dijalankan oleh Kumpulan Alam Flora dalam menjadikan bandar dan penempatan manusia selamat, kukuh dan mampan.

Tindakan terhadap Iklim
Sebagai syarikat yang menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar, Kumpulan Alam Flora juga mematuhi SDG 13 dengan mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Kehidupan di Darat
Sebagai syarikat yang menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar, Kumpulan Alam Flora menyantuni SDG 15 dalam memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan biopelbagaian.
TEROKAI KEMUDAHAN DI FIKS
HAB ILMU
Hab Ilmu adalah ruang informasi dan penerangan tentang kitar semula.


3R butik
Butik yang mengumpulkan pakaian terpakai untuk dijual dan hasil jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan amal.
PUSAT kitar semula
Pusat yang membeli barangan kitar semula sebelum dihantar ke Integrated Recovery Facility (IRF). Dapatkan wang tunai dan mata ganjaran sebagai insentif penjualan.


KOC ILMU
Pusat rujukan ilmu dilengkapi dengan buku – buku berkaitan alam sekitar dan pengetahuan am.
KOC KREATIF
Kawasan rekreasi kanak -kanak yang dilengkapi dengan permainan interaktif dan aktiviti pembelajaran.


IRF
Integrated Recycling Facility (IRF) merupakan pusat pengumpulan barangan kitar semula yang menjalankan aktiviti pengumpulan, penyisihan dan pemampatan sebelum dihantar untuk proses pemulihan.

Lawati Kami Sekarang!
Untuk memastikan proses yang lebih lancar, klik butang di bawah untuk menempah jadual lawatan anda.
Aktiviti yang tersedia di FIKS
Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut senarai aktiviti di FIKS untuk tahun 2020
Hubungi Kami!
WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat: 9 pagi - 4 petang
Sabtu: 9 pagi - 4 petang
Ahad/Cuti umum: Tutup
E-MEL kami
fiks@alamflora.com.my
Telefon kami
Team FIKS
018-313 0823
Temui kami di sini!
Paparan fasiliti di FIKS
Saksikan paparan menarik mengenai fasiliti kami di FIKS! Jangan lepaskan peluang untuk menerokai pusat pendidikan kitar semula PERTAMA di Malaysia.
Disclaimer: for better experience kindly using desktop version