17 · 03 · 2020 
JADUAL KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN TIDAK BERUBAH SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN

Kuala Lumpur, 17 Mac 2020 – Lebih 3,000 petugas-petugas Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) akan terus menjalankan kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang bermula esok (18 Mac 2020) seperti yang diumumkan kerajaan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Dato Mohd Zain Hassan berkata, jadual kutipan sampah dan pembersihan di kawasan kawasan perkhidmatan Alam Flora yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga negeri Pahang, akan berjalan seperti biasa.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana tempoh kawalan pergerakan yang bermula esok sehingga 31 Mac ini, tidak akan mengubah jadual atau perjalanan operasi Alam Flora. Kami menjangkakan jumlah kutipan sampah akan meningkat terutamanya di kawasan perumahan kerana dijangkakan orang ramai akan berada di rumah masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak COVID 19 yang kian menular,” ujar Mohd Zain Hassan.

Alam Flora turut mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berikut bagi mengelak dari dijangkiti wabak COVID 19 di kalangan petugas-petugas di lapangan: –

Alam Flora turut mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berikut bagi mengelak dari dijangkiti wabak COVID 19 di kalangan petugas-petugas di lapangan: –

1. Pemandu, petugas kutipan dan pembersihan serta penyelia diwajibkan untuk memakai dengan Alat Perlindungan Diri (PPE) seperti penutup mulut dan sarung tangan sepanjang tempoh tugasan;

2. Pemandu, petugas kutipan dan pembersihan serta penyelia dinasihatkan kerap mencuci tangan dan menggunakan ‘hand sanitizer’ yang dibekalkan oleh pihak syarikat serta sentiasa menjaga kebersihan;

3. Mewajibkan pemeriksaan suhu badan untuk semua pekerja di ibu pejabat, pejabat negeri-negeri, depoh dan ‘mustering points’. Sekiranya melebihi 38 darjah celsius, mereka tidak dibenarkan memasuki pejabat atau meneruskan tugasan harian dan akan mendapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Alam Flora menyediakan pelbagai saluran untuk orang ramai membuat aduan. Senarai saluran yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Waktu Operasi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora atau FloraCare

08.00 pagi hingga 08.00 malam

Isnin hingga Ahad (Termasuk Cuti Am)

Talian Indahkan Malaysia– 1800 88 7472

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip ALAM hantar ke 33310

Email – feedback@alamflora.com.my

Laman Sesawang – www.alamflora.com.my

Alam Flora SDN BHD

Back to list